Ahad, 14 November 2010

Pengukuran Piawai Bagi Isipadu Cecair

Aktiviti 1 : Murid Aras Tinggi


Hasil pembelajaran : Di akhir pembelajaran, murid boleh membuat mengukur isipadu cecair  dengan menggunakan  unit piawai dengan betul.

Bahan-bahan :  Selinder penyukat yang berlainan saiz, bikar yang berlainan saiz dan air.

Langkah-Langkah Pengajaran dan Pembelajaran :
1.   Sebagai langkah permulaan pengajaran guru menayangkan video.

  

 2.  Guru meminta murid perhatikan setiap perkembangan yang terdapat pada video tersebut.
3.   Guru meminta pandangan murid mengenai video tersebut.
4.   Murid berkemungkinan memberi pelbagai pandangan berdasarkan video tersebut. Daripada jawapan murid, guru boleh mengetahui tahap pengetahuan sedia ada murid mengenai isipadu cecair dalam sesuatu bekas. Mungkin ada setengah daripada murid berpendapat bekas yang tinggi mempunyai  kapasiti isipadu air adalah banyak berbanding bekas yang rendah tetapi besar mempunyai kapasiti isipadu air yang sedikit.
5.    Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
6.    Setiap kumpulan dibekalkan dengan 1 set selinder penyukat dan 1 set bikar serta air.
7.   Guru meminta setiap kumpulan perhatikan pada selinder dan bikar yang dibekalkan. Perhatikan dari segi saiz, kapasiti muatan dan ketinggian.
8.   Sebelum murid menggunakan alatan tersebut, guru hendaklah menerangkan cara penggunaan dan    bacaan yang betul.

9.  Untuk memantapkan lagi, cara mengukur dan membaca sukatan pada selinder penyukat, guru   menayangkan video ini.


10. Setiap kumpulan di kehendaki masukkan air sebanyak 100ml ke dalam setiap selinder dan bikar. Murid perhatikan paras air yang terdapat pada setiap selinder dan bikar. Paras air pada setiap selinder dan bikar adalah tidak sama. Mengapa?
11. Soalan seterusnya isipadu air dalam bikar dan selinder manakah yang banyak? Soalan ini secara tidak langsung untuk menguji tahap kefahaman murid tentang isipadu air. Dalam setiap bikar dan selinder isipadu air 100ml.
12. Guru meminta setiap kumpulan menyusun selinder dan bikar dari yang kecil kepada besar. Perhatikan paras ketinggian air?


13. Guru bertanya pada murid, dalam bikar manakah isipadu  air paling tinggi?  Setengah daripada murid akan menjawab bikar yang rendah atau kecil.
14. Kekeliruan ini, guru harus menerangkan pada murid bahawa diameter bekas yang besar ketinggian air adalah rendah berbanding diameter bekas kecil mempunyai paras air yang tinggi.
15. Sebagai kesimpulan, semasa membuat perbandingan cecair dua bekas yang berlainan saiz, ketinggian paras air tidak boleh digunakan untuk menentukan  isipadu cecair.


      


Sabtu, 13 November 2010

Bahan Pengajaran Aktiviti 2

Sukatan Piawai





Gambar video  peter

Cara mengukur



Manakala untuk mengajar murid mengukur isipadu cecair melibatkan unit piawai iaitu mililiter (ml ), guru boleh menggunakan silinder penyukat dan juga bikar. Bahan-bahan tersebut mudah diperolehi kerana terdapat di makmal sains sekolah. Untuk pengajaran menjadi lebih menarik, penggunaan video sebagai  bahan pengajaran dalam mengajar tajuk ini, boleh dimasukkan sebagai salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bahan video-video mudah di dapati di laman web. Anda boleh melayari ke laman web http://www.youtube.com/ dan taipkan "Measuring volume". Kemudian, pilihlah video-video yang bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran Matematik yang melibatkan topik isipadu cecair.


Bahan Pengajaran Aktiviti 1

Sukatan Bukan Piawai

  (a)    Gelas


(b)    Botol Air Kosong


(c)    Mangkuk


(d)    1 Jag Air


Bahan pengajaran dan pembelajaran di atas adalah amat sesuai untuk memperkenalkan konsep isipadu cecair kerana bahan - bahan tersebut, mudah didapati  di sekeliling mereka. Di samping mudah didapati, penggunaan bahan - bahan di atas adalah releven untuk mengukur isipadu cecair. Jesteru itu, bahan ini amat sesuai dijadikan bahan bantu mengajar dengan tujuan memperkenalkan konsep isipadu cecair kepada pelajar tahun 2.


Isipadu Cecair Tahun Dua


Pengenalan
Matematik adalah satu mata pelajaran utama di dalam kurikulum sekolah. Bermula daripada peringkat pra sekolah, kita telah mula mempelajari Matematik. Walaupun ramai yang berpendapat bahawa Matematik itu adalah satu mata pelajaran yang abstrak tetapi guru-guru perlu bijak menggunakan pendekatan yang sesuai supaya mata pelajaran ini tidak menimbulkan kebosanan dan kekeliruan kepada pelajar. Terdapat pelbagai kaedah dan bahan bantu mengajar  yang boleh digunakan untuk menimbulkan keseronokan dan minat para pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran matematik di dalam kelas.

Jumaat, 12 November 2010

Isipadu Cecair

Maksud Isipadu Cecair

Isipadu cecair merujuk kepada kapasiti cecair dalam sesuatu bekas yang boleh memenuhi sesuatu bekas. Kapasiti atau muatan boleh diukur dengan menggunakan  unit bukan piawai  dan  unit piawai dalam millimeter (ml) dan liter (l) dalam sistem metrik.

Salah Konsep Mengenai Kapasiti

Ada di kalangan  murid yang salah konsep tentang isipadu cecair sesuatu bekas terutamanya dalam membuat perbandingan isipadu dua bekas yang berlainan saiz. Kesalahpahaman ini timbul di kalangan murid kerana mereka beranggapan bahawa bekas yang tinggi  mempunyai kapasiti yang lebih besar berbanding dari bekas yang rendah atau kecil.

Kesalahfahaman konsep ini menjadi tanggungjawab guru untuk membina semula kefahaman yang baru kepada murid. Oleh itu, pada peringkat awal untuk memahami konsep kapasiti sesuatu bekas, guru hendaklah membuat perbandingan antara beberapa bekas yang berlainan saiz. Guru boleh menggunakan bahan-bahan yang mudah dikumpulkan dan mudah dicari seperti botol air mineral, baldi, mangkuk, cawan dan lain-lain untuk membuat perbandingan tentang pengukuran muatan yang terkandung dalam sesuatu bekas. Apabila murid melihat sendiri perbandingan yang dibuat mengenai kapasiti cecair dalam sesuatu bekas, ini membolehkan murid berfikir secara langsung berdasarkan apa yang diperhatikan.

Rabu, 10 November 2010

Alat Bantu Mengajar

             Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, bahan bantu mengajar lebih membantu merangsangkan dunia pelajar untuk belajar. Penggunaan bahan bantu mengajar memberi sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. Bahan bantu mengajar ini juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah
dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman.

Bagi Matematik Tahun Dua topik  isipadu cecair merupakan pengenalan kepada tajuk  isipadu cecair,  sewajarnya bagi guru menggunakan bahan bantu mengajar supaya salah konsep mengenai isipadu tidak berlaku di kalangan murid-murid. Terdapat pelbagai bahan bantu mengajar yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar tajuk ini. Untuk mengajar tajuk mengukur isipadu cecair yang melibatkan unit tidak piawai banyak bahan boleh digunakan dan mudah didapati persekitaran kita. Antara bahan yang boleh digunakan botol mineral, cawan, mangkuk, baldi, tin dan sebagainya. Bahan-bahan seperti ini mudah didapati dan tidak memerlukan kos yang tinggi.
Bagi pengajaran melibatkan tajuk isipadu cecair unit penyukat piawai, guru boleh menggunakan selinder penyukat dan bikar yang mudah didapati di makmal sains sekolah. Pengajaran dan pembelajaran melibatkan penggunaan bahan bantu mengajar murid mudah memahami sesuatu konsep yang dipelajari.

Isnin, 8 November 2010

Lembaran Kerja

Warnakan gambar di bawah mengikut  perkataan yang diberikan.