Maksud Isipadu Cecair
Isipadu cecair merujuk kepada kapasiti cecair dalam sesuatu bekas yang boleh memenuhi sesuatu bekas. Kapasiti atau muatan boleh diukur dengan menggunakan unit bukan piawai dan unit piawai dalam millimeter (ml) dan liter (l) dalam sistem metrik.
Salah Konsep Mengenai Kapasiti
Ada di kalangan murid yang salah konsep tentang isipadu cecair sesuatu bekas terutamanya dalam membuat perbandingan isipadu dua bekas yang berlainan saiz. Kesalahpahaman ini timbul di kalangan murid kerana mereka beranggapan bahawa bekas yang tinggi mempunyai kapasiti yang lebih besar berbanding dari bekas yang rendah atau kecil.
Kesalahfahaman konsep ini menjadi tanggungjawab guru untuk membina semula kefahaman yang baru kepada murid. Oleh itu, pada peringkat awal untuk memahami konsep kapasiti sesuatu bekas, guru hendaklah membuat perbandingan antara beberapa bekas yang berlainan saiz. Guru boleh menggunakan bahan-bahan yang mudah dikumpulkan dan mudah dicari seperti botol air mineral, baldi, mangkuk, cawan dan lain-lain untuk membuat perbandingan tentang pengukuran muatan yang terkandung dalam sesuatu bekas. Apabila murid melihat sendiri perbandingan yang dibuat mengenai kapasiti cecair dalam sesuatu bekas, ini membolehkan murid berfikir secara langsung berdasarkan apa yang diperhatikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan