Sabtu, 6 November 2010

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran


Tahun : 2
Aktiviti 1 : Murid Aras Rendah

Tajuk: Pengukuran Bukan Piawai Bagi Isipadu Cecair
Hasil pembelajaran : Di akhir pembelajaran, murid boleh membuat perbandingkan isipadu cecair  secara langsung menggunakan unit bukan piawai dengan betul.

Bahan-bahan : 3 gelas minuman yang sama saiz, 3 botol air mineral yang sama saiz, 3 mangkuk yang sama saiz dan 1 jug air. (Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan bahan ini)     
                       
Langkah-langkah :

1.   Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan yang terdiri daipada 5 orang setiap kumpulan.
2.   Setiap kumpulan mempunyai seorang ketua kumpulan dan pencatat.
3.   Guru menunjukkan sebiji gelas pada murid-murid dan bertanya pada murid apa yang terdapat dalam gelas tersebut.
4.   Kemungkinan murid akan jawab “tidak ada apa-apa di dalamnya” atau “Kosong”
5.   Guru minta seorang murid yang rendah aras pembelajarannya untuk tampil ke hadapan untuk   mengisi air ke dalam gelas sebanyak separuh daripada gelas tersebut.
6.   Guru meminta seorang lagi murid untuk mengisi air penuh ke dalam gelas yang lain pula.
7.   Guru meminta murid-murid perhatikan paras air yang terdapat pada ketiga-tiga gelas tersebut.

8.   Guru memperkenalkan kosa kata “kosong”, “separuh” dan “penuh”.
9.   Guru meminta setiap kumpulan mengulangi aktiviti di atas menggunakan bekas yang lain pula untuk mengisi air dan susun bekas-bekas tersebut mengikut turutan kosong ke penuh serta dilabelkan.
10. Untuk menguji kefahaman murid, guru menyediakan lembaran kerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan