Jumaat, 5 November 2010

Ulasan Video

Penggunaan video juga boleh menarik minat pelajar untuk memahami sesuatu topik matematik.   Dengan menggunakan video, ia dapat menarik minat murid-murid semasa pengajaran dan pembelajaran.  Video ini telah diambil dari laman web http://www.youtube.com/watch?v=OAotjwOKpQs&feature=more_related
digunakan untuk cara menyukat mengukur isipadu cecair.


Permulaan video ini amat menarik  sekali dengan bunyi muzik latar. Penggunaan muzik latar boleh menarik perhatian murid  untuk mengikuti perkembangan video ini. Dalam video ini menunjukkan cara untuk menyukat isipadu cecair dengan menggunakan silinder penyukat pelbagai saiz. Dengan menggunakan video seperti ini untuk menerangkan sesuatu konsep isipadu cecair dalam sesuatu bekas, ia dapat menarik minat murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Berdasarkan video ini, cecair sebanyak 50ml digunakan untuk di masukkan ke dalam silinder penyukat yang pelbagai saiz. Apabila cecair dimasukkan ke dalam silinder penyukat A dan perhatikan bacaan sukatan cecair tersebut pada silinder penyukat A. Bacaan silinder penyukat A menunjukkan 50ml. Seterusnya video ini menunjukkan cecair tersebut dimasukkan pula ke dalam silinder yang lain dan perhatikan bacaan pada silinder ini. Bacaan tetap 50ml. Kemudian cecair tersebut dituangkan pada silinder penyukat yang ke tiga, bacaannya tetap sama iaitu 50ml.

Daripada tayangan video ini, murid juga boleh perhatikan paras air yang terdapat pada pelbagai silinder penyukat yang digunakan, sudah tentu tidak sama paras air dalam silinder penyukat yang berlainan saiz. Murid juga boleh membuat perbandingan isipadu cecair yang terdapat pada silinder-silinder penyukat yang digunakan. Daripada bacaan pada silinder-silinder menyukat yang diperhatikan, ini menujukkan bahawa isipadu air adalah sama pada setiap silinder.

Penggunaan video seperti ini, memudahkan murid untuk memahami konsep isipadu cecair  dan tidak keliru dengan muatan isipadu cecair

Tiada ulasan:

Catat Ulasan