Rabu, 10 November 2010

Alat Bantu Mengajar

             Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, bahan bantu mengajar lebih membantu merangsangkan dunia pelajar untuk belajar. Penggunaan bahan bantu mengajar memberi sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. Bahan bantu mengajar ini juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah
dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman.

Bagi Matematik Tahun Dua topik  isipadu cecair merupakan pengenalan kepada tajuk  isipadu cecair,  sewajarnya bagi guru menggunakan bahan bantu mengajar supaya salah konsep mengenai isipadu tidak berlaku di kalangan murid-murid. Terdapat pelbagai bahan bantu mengajar yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar tajuk ini. Untuk mengajar tajuk mengukur isipadu cecair yang melibatkan unit tidak piawai banyak bahan boleh digunakan dan mudah didapati persekitaran kita. Antara bahan yang boleh digunakan botol mineral, cawan, mangkuk, baldi, tin dan sebagainya. Bahan-bahan seperti ini mudah didapati dan tidak memerlukan kos yang tinggi.
Bagi pengajaran melibatkan tajuk isipadu cecair unit penyukat piawai, guru boleh menggunakan selinder penyukat dan bikar yang mudah didapati di makmal sains sekolah. Pengajaran dan pembelajaran melibatkan penggunaan bahan bantu mengajar murid mudah memahami sesuatu konsep yang dipelajari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan