Aktiviti 1 : Murid Aras Tinggi
Hasil pembelajaran : Di akhir pembelajaran, murid boleh membuat mengukur isipadu cecair dengan menggunakan unit piawai dengan betul.
Bahan-bahan : Selinder penyukat yang berlainan saiz, bikar yang berlainan saiz dan air.
Langkah-Langkah Pengajaran dan Pembelajaran :
1. Sebagai langkah permulaan pengajaran guru menayangkan video.
2. Guru meminta murid perhatikan setiap perkembangan yang terdapat pada video tersebut.
3. Guru meminta pandangan murid mengenai video tersebut.
4. Murid berkemungkinan memberi pelbagai pandangan berdasarkan video tersebut. Daripada jawapan murid, guru boleh mengetahui tahap pengetahuan sedia ada murid mengenai isipadu cecair dalam sesuatu bekas. Mungkin ada setengah daripada murid berpendapat bekas yang tinggi mempunyai kapasiti isipadu air adalah banyak berbanding bekas yang rendah tetapi besar mempunyai kapasiti isipadu air yang sedikit.
5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
6. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 1 set selinder penyukat dan 1 set bikar serta air.
7. Guru meminta setiap kumpulan perhatikan pada selinder dan bikar yang dibekalkan. Perhatikan dari segi saiz, kapasiti muatan dan ketinggian.
8. Sebelum murid menggunakan alatan tersebut, guru hendaklah menerangkan cara penggunaan dan bacaan yang betul.
9. Untuk memantapkan lagi, cara mengukur dan membaca sukatan pada selinder penyukat, guru menayangkan video ini.
10. Setiap kumpulan di kehendaki masukkan air sebanyak 100ml ke dalam setiap selinder dan bikar. Murid perhatikan paras air yang terdapat pada setiap selinder dan bikar. Paras air pada setiap selinder dan bikar adalah tidak sama. Mengapa?
11. Soalan seterusnya isipadu air dalam bikar dan selinder manakah yang banyak? Soalan ini secara tidak langsung untuk menguji tahap kefahaman murid tentang isipadu air. Dalam setiap bikar dan selinder isipadu air 100ml.
12. Guru meminta setiap kumpulan menyusun selinder dan bikar dari yang kecil kepada besar. Perhatikan paras ketinggian air?
13. Guru bertanya pada murid, dalam bikar manakah isipadu air paling tinggi? Setengah daripada murid akan menjawab bikar yang rendah atau kecil.
14. Kekeliruan ini, guru harus menerangkan pada murid bahawa diameter bekas yang besar ketinggian air adalah rendah berbanding diameter bekas kecil mempunyai paras air yang tinggi.
15. Sebagai kesimpulan, semasa membuat perbandingan cecair dua bekas yang berlainan saiz, ketinggian paras air tidak boleh digunakan untuk menentukan isipadu cecair.








